ADAKAH HARGA EMAS AKAN JATUH LAGI?

 Ya ianya adalah soalan yang ramai inginkan jawapannya kerana membeli emas ketika ini akan memberikan pulangan yang terbaik. Ketika saya mula menulis ini(14 OCT 2022) harga emas di pasaran New York sedang menurun ke 1648USD/oz atau di bawah 53.00USD/g. Kita tahu ekonomi dunia semakin parah sepatutnya harga emas naik. Namun sejak Mac 2022 FED terus menaikan kadar faedah menyebabkan pasaran tertumpu kepada membeli USD sehingga menyebabkan USD terus meroket naik dan emas ditolak ke arah harga lantai. Orang akan berpusu pusu memborong emas jika mereka tahu berapakah harga lantai itu.

Secara mudahnya harga emas tidak akan turun di bawah kos pengeluaran. Apa guna melombong dan memproses emas jika tiada keuntungan, melainkan jika USA sanggup menjual rezab emasnya di bawah nilai itu. Untuk makluman setakat ini USA telah bertahun tidak membeli atau menjual emasnya.  Jika USA membeli bagi menambah rezab emasnya ini bermakna USA sendiri tidak percaya kepada nilai wang fiat USDnya sendiri. Jika dia menjualnya bermakna USA sedang jatuh miskin.

Formula asas, Harga Lantai Emas = Kos Pengeluaran + Min Profit Margin.

Industri emas memecahkan kosnya seperti gambar di bawah.



Biasanya mereka menggunakan All In Sustaining Cost atau AISC yang mewakili 96.7% dari All In Cost of Gold bagi menhasilkan satu ounce(oz) emas.

Gambar di bawah saya petik dari laman spglobal.com.



Amat jelas kos AISC bagi menghasilkan 1 oz emas di Canada-US pada tahun 2022 adalah 1373 USD/oz. Tambah lagi 3.3% untuk mendapatkan kos keseluruhan All In Cost iaitu 1418 USD/oz. Pada 27 Sep 2022 yg lalu harga emas telah jatuh ke paras 1627 USD/oz di dalam beberapa minit sebelum naik semula, paras terendah tahun ini. Ketika itu untung pihak pengeluar hanya 1627-1418 = 209USD/oz atau sekitar 15% profit margin(suatu yang tersangat rendah).

Berdasarkan pengiraan mudah di atas harga lantai emas di Canada-US adalah sekitar 1600USD/g.

Kemudian mari kita merujuk pula analisa dan tulisan Arnuf Hinkel,seorang wartawan kewangan pada 18 Jul 2022. Tersiar di laman xetra-gold seperti link dan print screen di bawah.

 https://www.xetra-gold.com/en/gold-news/news/gold-all-in-sustaining-costs-at-an-all-time-high/ 



Sebagai komoditi yang semakin terhad, emas mempunyai harga yang ditentukan oleh kos perlombongan, tanpa mengira perkembangan permintaan terkini. All In Sustaining Cost (AISC)adalah harga minimum satu auns emas mesti dijual di pasaran untuk membolehkan pengeluar pulang modal. 

 

Sepanjang 21 tahun kos AISC meningkat dari USD300 hingga USD1,232.

 

AISC terdiri daripada tiga jenis kos yang berbeza iaitu

1.Kos tunai, yang termasuk kos pengekstrakan dan pemprosesan emas tulen.

2. Kedua, terdapat kos tunai keseluruhan, yang menunjukkan bukan sahaja kos penerokaan tetapi juga kos untuk mendapatkan hak pengeluaran, pembiayaan, pentadbiran dan cukai, serta royalti.

3. Komponen kos ketiga terdiri daripada semua jenis perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan penyelenggaraan dan pembangunan lombong.

 

Walaupun AISC untuk pengeluaran satu auns emas adalah sekitar 300USD setiap auns pada tahun 2000, kos ini mengalami peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2012, ia berada sekitar 900USD/oz dan pada suku pertama 2022, AISC telah mencapai tahap tertinggi setakat iaitu 1,232USD/oz.

 

AISC menunjukkan harga emas minimum yang diperlukan untuk lombong emas tidak mengalami kerugian,namun harga insentif adalah lebih tinggi. Harga insentif adalah tambahan kepada AISC, harga ini termasuk keuntungan minimum satu auns emas.Perunding logam berharga, Metals Focus pernah mengira harga keseluruhan pada 2017 dan mendapati harga sekitar 1,500 USD setiap auns emas. Sejak 2017, World Gold Council melaporkan AISC telah meningkat hampir 200 USD/oz.

 

Jika kos dan keuntungan minimum 1 auns emas pada 2017 adalah 1,500USD/oz, sekarang Suku ke 4 tahun 2022 iaitu 5 tahun selepas 2017 dengan inflasi yang sedang teruk melanda dunia dan World Gold Council pun telah menyatakan AISC telah meningkat 200USD/g sejak 2017, MAKA HARGA LANTAI bagi emas sekarang adalah sekitar 1700USD/oz.

 

Apabila saya rangkumkan analisa dari spglobal.com dan Xera-gold.com maka HARGA LANTAI BAGI EMAS KETIKA INI ADALAH ANTARA 1600USD/g ke 1700USD/g.

 

Pagi tadi(15 OCT 2022) semasa sessi New York harga emas ditutup buat minggu ini adalah 1643.33USD/oz.Jadi berdasarkan dapatan di atas emas sekarang benar-benar telah berada di paras harga lantai.Adakah pengusaha-pengusaha emas akan menjualnya jika rugi?. Jawapannya tentu tidak.

 

Hasil kajian saya kedai terbaik untuk urus niaga emas adalah Quantum Metal yang juga pembekal emas kepada Bank Bank terkemuka di Malaysia. Klik link di bawah untuk membuka akaun emas di kedai tersebut. Tiada sebarang bayaran. InshaAllah saya akan hubungi tuan/puan untuk perkongsian secara terperinci sebaikan sahaja akaun telah dibuka.

https://bit.ly/3zFsoQe

Atau

 

https://simpanemasmudah.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

PERNAHKAH HARGA EMAS TURUN DI BAWAH KOS PENGELUARAN EMAS?