Posts

Showing posts from October, 2022

PERNAHKAH HARGA EMAS TURUN DI BAWAH KOS PENGELUARAN EMAS?

Image
  Di dalam tulisan saya mengenai harga emas terendah/harga lantai ada dinyatakan harga emas LME amat sukar untuk berada di bawah paras harga lantai. Harga Lantai = Kos AISC + Minimum Profit Margin. Untuk masa sekarang ia berada diantara 1600usd/oz ke 1700usd/oz.  Mari kita teliti rekod 10 tahun kos pengeluaran emas berbanding dengan harga emas yang terjual di pasaran LME bagi julat masa yang sama. Graf di atas adalah purata AISC sepanjang 10 tahun dari Q1 2012 hingga Q1 2022 bar graf yang berwarna hijau. Manakala line graf yang berwarna kuning adalah harga emas di LME bagi tempoh 10 tahun  yang sama.   Amat jelas sekali harga LME sentiasa lebih besar dari Kos AISC. Hatta ketika harga terendah sepanjang 10 tahun pun pada 14 Dec 2015 iaitu 1064usd/oz , ianya lebih tinggi dari kos AISC pada tahun 2015 iaitu antara 800usd/oz ke 900usd/oz. Begitu juga untuk Q1 2022, Kos AISC =1232usd/oz manakala harga emas di LME berada di atas 1800usd/oz.   Hari ini 22 Oct 2022 harg...

ADAKAH HARGA EMAS AKAN JATUH LAGI?

Image
  Ya ianya adalah soalan yang ramai inginkan jawapannya  kerana membeli emas ketika ini akan memberikan pulangan yang terbaik.   Ketika saya mula menulis ini (14 OCT 2022)   harga emas di pasaran New York sedang menurun ke 1648USD/oz atau di bawah 53.00USD/g. Kita tahu ekonomi dunia semakin parah sepatutnya harga emas naik. Namun sejak Mac 2022 FED terus menaikan kadar faedah menyebabkan pasaran tertumpu kepada membeli USD sehingga menyebabkan USD terus meroket naik dan emas ditolak ke arah harga lantai. Orang akan berpusu pusu memborong emas jika mereka tahu berapakah harga lantai itu. Secara mudahnya harga emas tidak akan turun di bawah kos pengeluaran. Apa guna melombong dan memproses emas jika tiada keuntungan, melainkan jika USA sanggup menjual rezab emasnya di bawah nilai itu. Untuk makluman setakat ini USA telah bertahun tidak membeli atau menjual emasnya.  Jika USA membeli bagi menambah rezab emasnya ini bermakna USA sendiri tidak percaya kepada nilai wa...

TEKNIK BELI EMAS DAPAT GRAM LEBIH

Image
Ramai yang telah sedar kepincangan sistem kewangan fiat bikinan manusia. Inflasi diikuti kehilangan nilai adalah akibat yang paling berat. Ramai juga yang telah mengambil tindakan untuk menukar duit fiat kepada duit fitrah iaitu emas dan perak. Namun belum ramai yang tahu teknik mendapakan gram emas yang lebih semasa membeli emas dengan modal yang sama. Tulisan kali ini saya ingin berkongsi dan mendedahkan rahsia berkenaan. Teknik ini telah saya lakukan lebih 20 kali dalam masa setahun melibatkan duit melebihi RM100K. Saya mengambil satu sample terbaru seperti di bawah.   CARA KUMPUL GRAM EMAS LEBIH DENGAN MODAL YANG SAMA   Berikut adalah kisah benar isteri saya, beliau mengamalkan teknik seperti tajuk di atas. Langkahnya adalah seperti berikut:  1. Membeli GAE X 10 sebanyak 2 unit pada 27 Sep 2022 ketika harga emas di LME berharga USD52.2/g. Beliau membayar USD657.50 bagi pembelian ini.   Komisyen belian sendiri sebagai dealer adalah 7% atau USD500 X 7% =USD35 ...