PERNAHKAH HARGA EMAS TURUN DI BAWAH KOS PENGELUARAN EMAS?
Di dalam tulisan saya mengenai harga emas terendah/harga lantai ada dinyatakan harga emas LME amat sukar untuk berada di bawah paras harga lantai. Harga Lantai = Kos AISC + Minimum Profit Margin. Untuk masa sekarang ia berada diantara 1600usd/oz ke 1700usd/oz. Mari kita teliti rekod 10 tahun kos pengeluaran emas berbanding dengan harga emas yang terjual di pasaran LME bagi julat masa yang sama. Graf di atas adalah purata AISC sepanjang 10 tahun dari Q1 2012 hingga Q1 2022 bar graf yang berwarna hijau. Manakala line graf yang berwarna kuning adalah harga emas di LME bagi tempoh 10 tahun yang sama. Amat jelas sekali harga LME sentiasa lebih besar dari Kos AISC. Hatta ketika harga terendah sepanjang 10 tahun pun pada 14 Dec 2015 iaitu 1064usd/oz , ianya lebih tinggi dari kos AISC pada tahun 2015 iaitu antara 800usd/oz ke 900usd/oz. Begitu juga untuk Q1 2022, Kos AISC =1232usd/oz manakala harga emas di LME berada di atas 1800usd/oz. Hari ini 22 Oct 2022 harg...